Bapa Intifadah Palestin ”
menemui Ilahi setelah Subuh berjemaah. Beliau terus hidup di hati-hati
umat Islam hingga hari ini. Mari kita menyelami sejarah beliau
memperjuangkan kebebasan bumi Palestin…SEJARAH HIDUP AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN ( 1938-2004 )
Syeikh Ahmad Yassin
telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di
dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan
di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas
bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung
Gaza.
Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya
beliau amat disayangi oleh guru – gurunya ketika berada di sekolah.
Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman
persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di
mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan
beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.
Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan
kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti – aktiviti
islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti
Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut
walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah
dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana
penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih
dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa
Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak
sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam
pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.
Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak
aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di
mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi
terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah – khutbahnya
terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun
1967.
Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Syeikh Ahmad Yassin sebagai
pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak – anak
remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut
sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang
hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota
pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin
telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga
kebajikan pelarian – pelarian Palestin yang diberikan nama “Mujamma
al-Islam”.
Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di
Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan
beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah
gerakan jihad yang dinamakan sebagai “al-Mujahidun al-Filastiniyun” pada
tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan “Kataib Syuyukh” yang
mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad
Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik
dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah
Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah
Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak
rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat
kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13
tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari
proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis,
beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11
bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara – Negara Arab yang tidak lagi
berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga
dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis,
Yassin dan juga rakan – rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin
telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS
pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru,
iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara
bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini
dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang – orang muda yang
dikenali dengan nama “Atfal Hijarah” (Kanak – kanak Batu) kerana
menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan
yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali
sebagai “Intifadah”. Kesan dari “Intifadah” ini amat hebat, pihak
tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan drastik sebagai tindak balas
terhadap kemaraan gerakan HAMAS.
Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah
merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup
sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota
pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi –
operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha
membunuh tentera – tentera dan komando Israel. Sekali lagi mahkamah
tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun
penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang
disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga
menyerang tentera – tentera Zionis.
Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh
tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan
penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata
kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan
yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi
jangkitan pada paru – parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan
kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa
membawanya berulang – alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..
Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib
al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan
pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di
antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan
beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak
rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba
menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk
membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu
mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang
Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut
berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.
Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara
kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yaasin telah berjaya
dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang
anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk
membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan.
Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis
telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan,
Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.
Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan
peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin
mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh
rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah
kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah
mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh
Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun
berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada
rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang
paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan
berlaku tiap – tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya
pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan
rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar – Bandar, membunuh orang –
orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang – pejuang Palestin
dan pemimpin – pemimpin mereka.
Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin
telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan
menggunakan jet – jet pejuang, helikopter dan juga kereta – kereta kebal
mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain – lain
lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat
tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah
helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan
rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami
kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh
Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya
ketika beliau di dalam perjalanan.
Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh
Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah
selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan
ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad
Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.
No comments:
Post a Comment