Israel Gunakan Pohon Untuk Berlindung
Tentera Israel tidak hanya
menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron
Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka pun
menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.
Pohon-pohon yang ditanam di sekitar
sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari
Jalur Gaza. Mereka pun menggunakan cara yang lebih tradisional seperti
menanam pokok.
Pohon-pohon yang ditanam di sekitar
sempadan Israel dengan Jalur Gaza berfungsi untuk menghalang pandangan
dari tentera yang ada di Jalur Gaza. Dengan itu diharapkan serangan
roket para tentera akan menjadi tidak tepat.
“Dengan cara ini warga Israel yang
tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh
juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah satu pejabat tentera
Israel, Brigjen Elkabetz, seperti dikutip Israel National News, Jumaat
(25/1/2013).
Tentera Israel sendiri menyatakan saat
ini warga di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya
gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah
Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang
diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.
Kaedah pertahanan dengan menanam pohon
sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal
penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di
wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang
dengannya.
Ramalan Rasulullah
Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah
meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum
Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim. Teks hadis itu
berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi
Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi
di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim,
wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan
bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada
pokok Yahudi ”
Israel pun sudah sejak lama menggalakkan
penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran
ramalan Rasulullah? Allahua’lam bish-showab. Hadis-hadis ramalan memang
banyak bermuatan kiasan. Yang jelas, Rasulullah tidak berkata
berdasarkan hawa nafsunya.
No comments:
Post a Comment