Rahsia Israel Melawan Roket Hamas
Ratusan roket milik Hamas ditembak ke
arah wilayah Israel. Namun hanya sembilan puluh lebih roket yang sampai
ke wilayah zionis itu. Israel bangga dengan petahanan angkasanya yang
kuat.
Perisai peluru berpandu Iron Dome milik
Israel yang berjaya menghancurkan hampir sekitar 90 peratus roket-roket
milik Hamas yang ditembakkan dari Gaza.
“Kejayaan kami dalam 90 peratus. Ini
belum pernah terjadi dalam sejarah,” kata seorang pegawai kanan Israel
seperti diberitakan nation.time.com, Rabu (21/11/2012).
“Sekurang-kurangnya korban di pihak
Israel menunjukkan Iron Dome adalah senjata yang paling berkesan di
dunia dalam ujian perisai peluru berpandu yang pernah ada,” tambahnya.
Pertahanan Udara Israel ini ditubuhkan
oleh syarikat senjata bernama Rafael Advanced Defense System. Iron Dome
ini didakwa sebagai satu-satunya sistem pertahanan yang dapat menghalang
roket, meriam dan mortar. Termasuk sistem pertahanan udara dari
serangan pesawat pejuang, helikopter.
Iron Dome ini dapat menghentikan ancaman
serangan sejauh 70 kilometer dan boleh beroperasi di dalam semua keadaan
cuaca. Alat ini mempunyai hulu ledak khusus yang dapat meledakkan
sasaran apa-apa di udara dalam hitungan masa. Perolehan sistem ini
adalah dari bantuan dana kerajaan Presiden Amerika Syarikat, Barack
Obama.
Kementerian Pertahanan Israel memilih
Iron Dome sebagai penyelesaian terbaik dalam pertahanan dari pelbagai
ancaman dalam masa yang singkat. Israel memutuskan membina sistem
pertahanan udaranya selepas Perang Lebanon pada 2006 di mana ketika itu,
sekitar 4,000 roket Hizbullah menghujani Israel utara dan menewaskan 44
orang.

No comments:
Post a Comment